'Siapa yang kenal kenal dirinya akan Mengenal Allah".
Firman Allah Taala;
"Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia ini dan dalam diri mereka sendiri, supaya Hakikat itu boleh terzhohir kepada mereka" (Al-Fusilat:53)
Tidak ada perkara yang lebih hampir dari diri sendiri. Jika anda tidak kenal diri sendiri, bagaimana anda hendak tahu perkara-perkara yang lain? Yang dimaksudkan dengan Mengenal Diri itu bukanlah mengenal bentuk lahir anda, badan, muka, kaki, tangan dan lain-lain anggota anda itu. Kerana mengenal semua perkara itu tidak akan membawa kita menegnal allah. Dan bukan pula mengenal setakat perkara dalam diri anda iaitu bila anda lapar anda makan, bila dahaga anda minum, bila marah anda memukul dan sebagainya. Jika anada bermaksud demikian, maka binatang itu sama juga dengan anda. Yang dimaksudkan sebenar mengenal diri itu ialah;
- Apakah ada dalam diri anda itu?
- Dari mana anda datang?
- Kemana anda pergi?
- Apakah tujuan anda berada dalam dunia fana ini?
- Apakah sebenarnya bahagian dan apakah sebenarnya derita?
Langkah pertama untuk mengenal diri ialah mengenal yang anda itu terdiri dari bentuk yang zhohir, iaitu badan; dan perkara yang batin iaitu hati atau Ruh. Yang dimaksudkan dengan "HATI" itu bukanlah seketul daging yang terletak dalam sebelah kiri badan. Yang dimaksudkan dengan "HATI" itu ialah satu perkara yang menggunakan semua keupayaan; yang lain itu hanyalah sebagai alat dan kakitangannya. Pada hakikat hati itu bukan termasuk dalam bidang Alam Nyata(Alam Ijsam) tetapi adalah termasuk dalam Alam Ghaib. Ia datang ke Alam Nyata ini ibarat pengembara yang melawat negeri asing untuk tujuan berniaga dan akhirnya kembali akan kembali juga ke negeri asalnya. Mengenal perkara seperti inilah dan sifat-sifat itulah yang menjadi "Anak Kunci" untuk mengenal Allah.
Sedikit idea tentang hakikat Hati atau Ruh ini bolehlah didapati dengan memejamkan mata dan melupakan segala perkara yang lain kecuali diri sendiri. Dengan cara ini, dia akan dapat melihat tabiat atau keadaan "diri yang tidak terbatas itu". Meninjau lebih dalam tentang Ruh itu adalah dilarang oleh hukum. Dalam Al-Quran ada diterang;
Mereka bertanya kepadamu tentang Ruh. Katakanlah Ruh itu adalah dari Amar(perintah atau urusan) TuhanKu". (Bani Israil:85)
Demikianlah sepanjang yang diketahui tentang Ruh itu dan ia adalah jauhar yang tidak boleh dibahagi-bahagi atau dipecah-pecahkan dan ia termasuk dalam "Alam Amar". Ianya bukanlah tidak ada permulaan. Ia ada permulaan dan diciptakan oleh Allah. Pengetahuan falsafah yang tepat berkenaan dengan Ruh ini bukanlah permulaan yang mesti ada dalam perjalanan Agama, tetapi adalah hasil dari disiplin diri dan berpegang teguh dalam jalan itu; seperti tersebut di dalam Al-Quran;
"Siapa yang bersungguh-sungguh dalam jalan Kami, nescaya Kami akan pimpin mereka ke jalan yang benar itu". (Al-Ankabut:69)
Untuk menjalankan perjuangan Keruhanian ini, bagi mencapai pengenalan kepada diri dan Tuhan, maka
- badan itu bolehlah diibaratkan sebagai sebuah Kerajaan,
- Ruh itu ibarat Raja.
- Pelbagai deria(senses) dan keupayaan(fakulti) itu ibarat satu ketumbukan tentera,
- Aqal itu bolehlah diibaratkan sebagai Perdana Menteri.
- Perasaan itu ibarat Pemungut Hasil.
- Marah itu ibarat Pegawai Polis. Dengan pakaian Pemungut Hasil, perasaan itu berterusan ingin hendak merampas dan merabuk. dan marah sentiasa cenderung kepada kekasaran dan kekasaran.
- Orang yang menurut hawa nafsu terzhohir seperti babi,
- orang yang garang dan ganas seperti anjing dan serigala,
- dan orang yang suci seperti Malaikat.
"Jika seorang itu telah dijadikan dengan mempunyai sifat-sifat binatang, Iblis dan juga Malaikat, bagaimanakah kita hendak tahu yang sifat-sifat Malaikat itu adalah jauharnya yang hakiki dan yang lain-lain itu hanya sementara dan bukan sengaja?"
Jawabannya ialah jauhar atau zat sesuatu makhluk itu ialah dalam sifat-sifat yang paling tinggi yang ada padanya dan khusus baginya. Misalnya keldai dan kuda adalah dua jenis binatang pembawa barang-barang, tetapi kuda itu dianggap lebih tinggi darjatnya dari keldai kerana kuda itu digunakan untuk peperangan. Jika ia tidak boleh digunakan dalam peperangan, maka turunlah ke bawah darjatnya kepada darjat binatang pembawa barang-barang. sahaja.
Begitu juga dengan manusia; keupayaan yang paling tinggi padanya ialah ia boleh berfikir iaitu ia ada Aqal. Dengan fikiran itu dia boleh memikirkan perkara-perkara Ketuhanan. Jika keupayaan berfikir ini yang meliputi dirinya, maka bila ia mati(bercerai nyawa dari badan), ia akan meninggalkan di belakang semua kecenderungan pada hawa nafsu dan marah, dan layak duduk bersama dengan Malaikat. Jika berkenaan dengan sifat-sifat Kebinatangan, maka manusia itu lebih rendah tarafnya dari binatang, tetapi Aqal menjadikan manusia itu lebih tinggi tarafnya, kerana Al-Quran ada amenerangkan bahawa;
"Kami telah tundukkan segala makhluk di bumi ini kepada manusia" (Luqman:20)
Jika sifat-sifat yang rendah itu menguasai manusia, maka setelah mati, ia akan memandang terhadap keduniaan dan rindukan kepada keseronokan di dunia sahaja.
- Ruh manusia yang berakal itu penuh dengan kekuasaan dan pengetahuan yang sangat menakjubkan.
- Dengan Ruh Yang Berakal itu manusia dapat menguasai segala cabang ilmu dan Sains;
- dapat mengembara dari bumi ke langit dan balik semula ke bumi dalam sekelip mata,
- dapat memeta langit dan mengukur jarak antara bintang-bintang.
- Dengan Ruh itu juga manusia dapat menangkap ikan ikan dari laut dan burung-burung dari udara, dan
- menundukkan binatang-binatang untuk berkhidmat kepadanya seperti gajah, unta dan kuda.
Penyeru kepada kehampiran Ilahi telah menyeru mereka;
"Sesungguhnya Aku bersamamu",
kerana "ke mana sahaja kamu memandand"
di situ ada CahayaKu. Satu dalam ZatKu.
Dalam semua perkara Aku terlihat. Tidak lain kelihatan kecuali Aku. Tabir makhluk Kujadikan sebagai melindungi hakikat. Pada makhluk, ada rahsia-rahsia yang tiba-tiba memancar keluar.
Siapa yang jahil tentang ZatKu di bawah tabirKu, dia akan bertanya di mana Aku?.
Katakan;
Aku sentiasa ada, di mana sahaja. Aku tidak tertakluk kepada ruang atau lompang. Marilah ke Hadirat Ilahi yang kekal abadi.
Adakah yang lain sekutu bagiNya?
Tidak, Dia yang dahulu dan Dia jua yang sekarang dan yang akan datang. Aku Yang Mutlak dan Tidak Terbatas. "Di mana" itu adalah hanya sebenarnya "melalui Aku sekarang". Aku tidak tertakluk kepada tempat.
Yang paling Tinggi dan Yang Tertinggi tidak tertakluk kepada sempadan.
Yang paling Rendah dan Yang Terendah tidak ada rendahnya lagi.
Aku adalah Rahsia Zat, Harta Tersembunyi.
Tidak ada hujung bagi nafasKu, tidak ada hujung bagi panjangKu. Di samping tersembunyi, Aku juga terzhohir. Aku bertanya, Aku menjawab. Tidak ada lain mencelah.
Dia mengadakan kesusahan, Dia mengadakan kedamaian. Dia mengadakan kekuasaan, Dia menghilangkan kekuasaan.
Aku Satu, Tunggal, Esa. Meliputi, tidak ada lompang untuk yang lain. Di dalam Aku, di di luarpun Aku. Akulah di mana-mana, bila-bila. Adakah lain daripadaKu wujud, kosong dari SifatKu?
ZatKU adalah zatnya wujud, sekarang dan selalu sentiasa. Tidak terhadnya, Aku tidak terhad sedikitpun. Di manakah yang lain hendak mencelah ke dalam Tidak Terhad itu? Manakah yang lain jika semuanya diliputiNya?
Bersama dan berpisah pada dasarnya sama jua. Melihat makhluk adalah melihat Hakikat itu. Jika makhluk ditafsirkan sebenarnya, tafsirnya semuanya dalam "Dia sangat hampir".
Anda berada dalam hampirNya itu.
Janganlah ditempatkan Dia.
ZatNya itu tidak terjangkau oleh selain daripada Dia.
Tidak terjangkau dan tidak tercapai.
Dia tersembunyi dalam penzhohiranNya.
Hijab demi hijab menyelubungi KeagunganNya.
Sumber : http://www.angelfire.com/journal/suluk/sekarang.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar